Berita Utama

Banjir: PDRM lancar Op Bantu

Selaraskan penyampaian bantuan NGO kepada mangsa

KUALA LUMPUR, 26 Jamadilawal 1443H, Jumaat – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Op Bantu bagi tujuan menyelaras penyampaian bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada mangsa banjir.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata operasi terbabit menyelaras dan menyokong penyampaian bantuan kepada NGO yang tidak mempunyai sumber logistik atau sumber manusia.

Beliau berkata bagi tujuan itu PDRM mewujudkan pusat panggilan di Pusat Kawalan Malaysia (MCC), Bukit Aman dengan nombor “hotline” 03-22663498 untuk dihubungi.

“Mana-mana NGO memerlukan bantuan perlu membekalkan maklumat antaranya seperti nama individu dan organisasi yang memohon; nombor telefon pemohon; lokasi dan sasaran bantuan dan jenis penugasan yang hendak dilaksanakan.

Selain itu, jenis logistik dan jumlah yang diperlukan; jenis barangan yang hendak diedar; jumlah anggota yang diperlukan untuk penugasan; dan peralatan yang perlu dan yang akan dibekalkan oleh pihak pemohon,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Hazani dalam pada itu memaklumkan akan mengaturkan tindakan susulan bagi memastikan setiap bantuan dapat disalurkan kepada penerima bantuan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button