Dunia

COVID-19: Hidup di Wuhan kembali normal, catat sifar kes

Tiada sekatan perjalanan berkuat kuasa pada masa ini

WUHAN, 26 Jamadilawal 1443H, Jumaat – Ketika dunia terus berperang melawan COVID-19 dengan kemunculan varian baharu, Omicron, penduduk di Wuhan kini mula hidup secara normal selepas merekodkan sifar kes jangkitan sejak virus tercetus pada akhir tahun 2019.

Wabak COVID-19 mula merebak ke seluruh China dan kemudian ke sempadannya, sebelum menjejaskan negara di seluruh dunia.

Walaupun bilangan kes melebihi 280 juta di seluruh dunia, masih belum ada ramalan yang pasti terhadap jalan keluar untuk bebas daripada wabak itu.

Dunia menyedari kewujudan COVID-19 buat kali pertama apabila China melaporkan penyakit pernafasan misteri yang tidak diketahui asal-usulnya muncul di Wuhan, wilayah Hubei pada 31 Disember 2019.

Penyakit ini mula dikesan pada kes yang mengunjungi pasar makanan laut bandar, dan pesakit pertama pergi ke hospital pada 17 November 2019 dengan mengadu mengalami masalah pernafasan tanpa mengetahui punca.

Bandar Wuhan yang mempunyai penduduk 11 juta orang itu adalah tempat kuarantin pertama diisytiharkan dunia akibat COVID-19, di mana suasana panik dan bimbang tercetus ketika hari pertama wabak dikesan.

Memandangkan tiada penempatan berisiko tinggi atau sederhana – di mana jangkitan harian menurun kepada sifar – tiada sekatan perjalanan berkuat kuasa pada masa ini.

China berjaya mengawal pandemik COVID-19 dengan strategi ‘sifar kes’ yang digunakan buat kali pertama di Wuhan sebelum menjadi model untuk pengurusan wabak di bahagian lain negara itu.

Strategi kes sifar menetapkan arahan kuarantin untuk jutaan penduduk, selain sekatan perjalanan, perintah berkurung dan ujian saringan secara besar-besaran. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button