Berita Utama

Kertas siasatan Long Tiger lari lokap hampir siap

Jumlah tangkapan kes setakat ini kekal 4 orang

JOHOR BAHRU, 26 Jamadilawal 1443H, Jumaat – Kertas siasatan membabitkan kes ‘Long Tiger’, lelaki etnik Rohingya yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak baru-baru ini, hampir siap.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata setakat ini jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Santai Cycle Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Abdul Hamim dan tiga lelaki berumur 36 hingga 46 tahun direman empat hari bermula Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan, selepas Abdul Hamim dilaporkan melarikan diri dari lokap mahkamah itu pada 15 Dis lepas, sebelum perbicaraan kesnya bermula.

Selain Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan, Abdul Hamim juga masih berdepan dua perbicaraan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol serta Seksyen 506 kanun sama kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button