Berita Utama

Pengeluaran KWSP beri kesan pada masa hadapan

‘Cukuplah dibenarkan setakat itu sahaja’

BANGI, 26 Jamadilawal 1443H, JumaatMenteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan pengeluaran tambahan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal memberi impak negatif kepada pencarum pada masa hadapan.

Tegas beliau, rata-rata ahli telah mengeluarkan sebanyak RM21,000 sehingga RM71,000 melalui inisiatif khas seperti i-Lestari dan i-Sinar sejak tahun lepas.

“Keizinan luar biasa ini diberi memandangkan adanya situasi luar biasa yang berlaku, iaitu pandemik global yang turut melanda negara.

“Tetapi setelah beberapa kali pengeluaran diizinkan dan setelah lebih RM101 bilion disalurkan keluar dari KWSP, cukuplah dibenarkan setakat itu sahaja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan tidak berhasrat untuk meluluskan lagi pengeluaran wang daripada KWSP yang berjumlah RM10,000.

Biarpun ada permintaan supaya dipertimbangkan bagi tujuan meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.

Tengku Zafrul berkata, secara keseluruhan, lebih tujuh juta pencarum yang telah mengeluarkan wang melalui KWSP.

“Lebih kurang 74 peratus pencarum yang mempunyai simpanan kurang dari RM10,000 dalam akaun KWSP dan mereka terdiri daripada golongan Bumiputera.

“Lebih membimbangkan lagi, 79 peratus daripada golongan ini mempunyai simpanan kurang dari RM1,000,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button