Berita UtamaDunia

2 roket ditembak dari Gaza sasar Tel Aviv?

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab

BAITULMAQDIS, 27 Jamadilawal 1443H, Sabtu – Dua buah roket yang ditembak dari Gaza jatuh di Laut Mediterranean sehingga menyebabkan berlakunya letupan di Pantai Tel Aviv.

Bagaimanapun tiada sebarang kematian atau kerosakan akibat serangan tersebut dilaporkan.

Menurut tentera negara haram Israel, dua roket pelancar dikenal pasti dari Semenanjung Gaza dilepaskan ke arah Mediterranean.

“Roket itu jatuh di luar pantai kawasan Metropolitan Tel Aviv.

“Tiada siren dibunyikan dan sistem pemintasan roket Kubah Besi Israel tidak digunakan,” menurut kenyataan tentera rejim Zionis.

Sehingga kini tiada pihak bertanggungjawab terhadap tindakan tersebut.

Semalam, tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin yang cuba menikam tentera dan orang awam di perhentian bas di Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan kematian penyerang yang bernama Amir Atef Rayyan.

Sejak 2007, Israel mengekalkan sekatan ke atas kawasan Gaza ketika Hamas mengambil alih kuasa.

Tahun lalu Hamas melancarkan serangan roket bertalu-talu ke arah Israel semasa konflik 11 hari yang tercetus akibat ketegangan di Baitulmaqdis. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button