Berita Utama

i-Citra: PM tak terkesan dicaci rakyat

Tumpuan utama kini bekerja demi kepentingan rakyat

BANGI, 27 Jamadilawal 1443H, Sabtu – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau tidak terkesan dengan kritikan di media sosial berhubung isu i-Citra.

Hal ini kerana, katanya, tumpuan utama beliau pada ketika ini adalah untuk bekerja menjaga kepentingan rakyat.

“Yang tidak berpuas hati, akan terus tidak berpuas hati, yang memaki hamun, akan terus membuat kerja mereka.

“Saya kerja, saya menjaga kepentingan rakyat dan tugas orang untuk memaki dan menghina melalui media sosial itu tugasnya.

“Saya tidak terkesan, yang hendak hentam terserah kepada mereka,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Semalam, Ismail Sabri berkata, kerajaan menyedari perjalanan kehidupan mangsa banjir beberapa bulan mendatang amat mencabar dan memerlukan sokongan semua untuk kembali bangkit.

Katanya, kerajaan komited memastikan bantuan yang bakal disalurkan ditambah baik supaya lebih menyeluruh dan disegerakan.

Beliau berkata, keseluruhan pemberian tunai kepada mangsa banjir mencecah RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR) dan ia merupakan usaha kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat tanpa perlu mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button