Dunia

Zalim! Israel tembak mati pemuda Palestin di Tebing Barat

Ameer Rayyan maut selepas rejim tolak akses perubatan di tempat kejadian

TEBING BARAT, 27 Jamadilawal 1443H, Sabtu – Seorang pemuda Palestin ditembak mati pada pagi Jumaat oleh tentera pengganas Israel di persimpangan Hares di wilayah Salfit, Tebing Barat yang dijajah.

Mangsa dikenali sebagai Ameer Rayyan, dilaporkan ditembak dan cedera parah di bahagian perut serta disahkan meninggal dunia sejam kemudian selepas tentera Israel menolak akses perubatan kecemasan di tempat kejadian.

Kematian membabitkan pemuda dari bandar Qarawat Bani Hassan di wilayah terbabit disahkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin.

Difahamkan, jenazah Rayyan telah dipindahkan oleh ambulans Israel ke hospital Palestin, di mana ia masih ditahan dan belum diserahkan kepada waris keluarga.

Pengganas Israel terus bertindak zalim ke atas Tebing Barat dan Baitulmaqdis dengan menyerang penduduk serta menceroboh kediaman mereka hampir setiap hari.

Tindakan itu mencetuskan pertempuran dengan penduduk di seluruh wilayah, sehingga ada yang cedera dan meninggal dunia akibat keganasan rejim.

Bahkan, serbuan yang dijalankan Israel turut menyasarkan kawasan yang berada di bawah kawalan penuh Pihak Berkuasa Palestin (PA), dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang waran. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button