Berita UtamaDunia

357 rakyat Palestin mati dengan kejam di tangan rejim Zionis tahun lalu

Rejim pengganas amalkan dasar tembak untuk bunuh

BAITULMAQDIS, 28 Jamadilawal 1443H, Ahad – Tentera pengganas haram Israel telah membunuh 357 rakyat Palestin pada 2021, di tengah-tengah kebisuan masyarakat antarabangsa berhubung tindakan ganas rejim terhadap orang awam.

Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Keluarga Syahid Palestin, Muhammad Sbeihat berkata, pihaknya telah menjalankan penyelidikan dan penyiasatan lapangan di pelbagai wilayah dan mendapati semua rakyat Palestin mati di tangan rejim Israel.

Laporan itu menunjukkan kira-kira 19 peratus daripada mereka yang terbunuh adalah wanita – angka tertinggi dalam sejarah jenayah dan tindakan pencabulan rejim Israel selepas pendudukannya di tanah Palestin pada 1948.

Laporan itu turut menyatakan bahawa 22 peratus daripada mereka yang mati syahid adalah kanak-kanak, menekankan sikap masyarakat antarabangsa yang berdiam diri telah mendorong Tel Aviv melakukan jenayah sedemikian terhadap rakyat Palestin.

Sbeihat menyeru masyarakat antarabangsa, institusi kemanusiaan dan Pihak Berkuasa Palestin, khususnya kementerian kehakiman dan hal ehwal luar Palestin meneruskan pendakwaan undang-undang ke atas pegawai Israel di mahkamah antarabangsa.

Peguam bela mengatakan bahawa tentera Israel telah mengamalkan dasar ‘tembak untuk membunuh’ ketika pertempuran dengan rakyat Palestin, malangnya mereka hanya ditangkap sahaja.

Tel Aviv telah dikritik kerana menggunakan kekerasan yang meluas dan pembunuhan di luar undang-undang terhadap rakyat Palestin yang tidak menimbulkan ancaman segera kepada tenteranya atau penceroboh haram.

Bulan lalu, tentera Israel menembak dan mencederakan seorang remaja lelaki Palestin berusia 16 tahun ketika pertempuran di kawasan Kufr Qaddoum di bahagian utara Tebing Barat yang diduduki. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button