Berita UtamaIstimewa

Isu vernakular: Tak mustahil UEC pula diiktiraf selepas ini

Biarlah mereka tanggung sendiri semua perbelanjaan

BANGI, 28 Jamadilawal 1443H, Ahad – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa kewujudan sekolah jenis kebangsan (SJK) Cina dan Tamil tidak bercanggah Perlembagaan Persekutuan bukan perkara mengejutkan.

Setidak-tidaknya keputusan itu membuka mata semua pihak, terutama pihak kerajaan untuk berhenti mendanai sekolah itu kerana dikatakan sekolah bukan satu entiti yang boleh dianggap sebagai badan statutori atau pihak berkuasa awam.

Pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berpendapat sekolah vernakular tidak seharusnya didanai sepenuhnya oleh kerajaan.

“Ini tidak, setiap tahun, ada sahaja pertambahan sekolah vernakular ini. Paling menyedihkan, tempat yang tidak sepatutnya didirikan sekolah vernakular, terus didirikan. Apakah sudah lupa beberapa insiden. Terbaharu, di bandar Kinrara, Puchong.

“Isunya adalah kenapa kerajaan terus mendanai sekolah vernakular ini? Lebih dahsyat lagi sekolah persendirian bersifat vernakular pun dibantu.

“Jika operasi mereka selaras dengan Perlembagaan, biarlah mereka tanggung sendiri semua perbelanjaan sekolah ini. Kenapa kerajaan harus menanggung kesemuanya?,” soalnya.

Dalam pada itu, Ridhuan Tee tidak menolak kemungkinan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) pula akan diiktiraf selepas ini.

“Lebih-lebih jika sokongan orang Cina kembali kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

“Tidak mustahil, apabila sokongan orang Cina kepada MCA bertambah dalam PRU15 nanti, seterusnya akan membawa kepada pengiktirafan UEC dan banyak lagi bantuan kepada institusi pengajian swasta mereka.

“Persoalannya, adakah semua membantu mencapai matlamat pembinaan negara bangsa berteraskan perpaduan?,” soalnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button