Berita UtamaDunia

Rejim Zionis serang Hamas di Gaza

Serangan udara dilancar selepas roket Gaza jatuh di Laut Mediterranean

TEL AVIV, 28 Jamadilawal 1443H, Ahad – Tentera negara pengganas Israel melancarkan serangan udara ke atas kedudukan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Semenanjung Gaza.

Tentera Israel berkata, serangan lewat malam Sabtu mengenai kemudahan pembuatan roket dan pos tentera Hamas.

Serangan itu dilancarkan sehari selepas roket dilepaskan dari Gaza mendarat di Laut Mediterranean.

Terdahulu, dua buah roket yang ditembak dari Gaza jatuh di Laut Mediterranean sehingga menyebabkan berlakunya letupan di Pantai Tel Aviv.

Bagaimanapun tiada sebarang kematian atau kerosakan akibat serangan tersebut dilaporkan.

Sementara itu, jurucakap Hamas, Hazem Qassem memberitahu Al Jazeera, beberapa kawasan menjadi sasaran serangan Israel termasuk tanah pertanian.

“Penentangan kami akan terus melaksanakan tugasnya untuk membela rakyat dan membebaskan tanah dan kesucian kami.

“Kami akan berpegang pada hak penentangan kami sehingga mencapai matlamat rakyat dengan pembebasan dan hak untuk kembali,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button