Berita UtamaDunia

Tentera Arab Saudi bunuh empat warga Yaman

Serangan sasar kawasan al-Raqu di Sa'ada

SANA’A, 28 Jamadilawal 1443H, Ahad – Tentera Arab Saudi membunuh empat penduduk Yaman dan mencederakan ramai yang lain dalam serangan rentas sempadan, menyasarkan wilayah barat laut, Sa’ada.

Kejadian berlaku semalam selepas tentera Arab Saudi menyasarkan kawasan al-Raqu di Sa’ada dengan tembakan artileri, menurut sumber tempatan. 

Difahamkan, kesemua mangsa adalah orang awam yang tidak bersenjata.

Di wilayah lain, Arab Saudi dilaporkan melakukan sebanyak 11 serangan udara terhadap Daerah al-Dhaher dan Kitaf wa al-Boqe’e.

Menurut biro siasatan jenayah Sa’adah, serangan yang diketuai Arab Saudi telah meragut 283 nyawa dan mencederakan 1,200 yang lain di kawasan sempadan Sa’ada sepanjang tahun lalu.

Secara berasingan, pesawat pejuang Arab Saudi melancarkan 19 serangan udara terhadap wilayah selatan-tengah Shabwah.

Mengetuai beberapa sekutunya, kerajaan itu melancarkan perang menentang negara termiskin di dunia Arab pada Mac 2015. 

Peperangan itu telah berusaha untuk mendapatkan kembali kuasa di Yaman untuk diberikan kepada bekas pegawai sekutu Riyadh di negara itu.

Utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Yaman mengutuk keras peningkatan serangan ketenteraan Arab Saudi terhadap Yaman.

Bulan lalu, laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, perang itu akan meragut 377,000 nyawa menjelang akhir 2021 melalui kesan langsung dan tidak langsung. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button