Berita UtamaDunia

Islamophobia: Batu nisan perkuburan Islam di Jerman diserang

Turki gesa penjenayah dibawa ke muka pengadilan

ANKARA, 29 Jamadilawal 1443H, Isnin – Kira-kira 30 batu nisan di tanah perkuburan Islam di bandar Iserlohn – barat laut Jerman – dirosakkan.

Serangan itu berlaku di tengah-tengah peningkatan yang membimbangkan dalam jenayah Islamophobia di Jerman sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut kenyataan pendakwa raya dan jabatan polis Hagen, insiden itu berlaku pada awal Sabtu.

Pihak berkuasa mengemukakan rayuan bagi mendapatkan maklumat daripada sesiapa yang menyaksikan vandalisme atau mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan.

Secara berasingan, Kementerian Luar Turki kesal mengenai kejadian itu.

Katanya, serangan pada Malam Tahun Baharu adalah ‘petunjuk baharu mentaliti Islamophobia yang tenat semakin meningkat terutamanya di Eropah dan juga menyasarkan tanah perkuburan Islam.’

Kementerian menggesa pihak berkuasa untuk mencari ‘penjenayah serangan dahsyat ini’ dan ‘membawa mereka ke muka pengadilan dan diberi hukuman yang sepatutnya.’

Ia juga meminta pihak berkuasa untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan kejadian seperti itu berulang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button