Pendapat

PEMBELA lancar tabung dana cabar keabsahan vernakular

Bantu tampung kos-kos seperti kos mahkamah, dokumentasi

SUDAH ramai yang telah bertanyakan kepada saya, apakah PEMBELA akan membuka tabung bagi masyarakat umum menyumbang kepada perjuangan mencabar keabsahan sekolah vernakular ini?

Memandangkan kita melihat kes ini akan berlanjutan lebih lama lagi, dengan proses rayuan dan mungkin ke mahkamah yang lebih tinggi, maka saya dan sahabat seperjuangan merasakan perlu kita buka ruang itu.

Sekurang-kurangnya dapat sedikit sebanyak membantu menampung kos-kos seperti kos mahkamah, dokumentasi dan juga sebagai token kepada para peguam yang bertungkus-lumus berjuang dalam kes ini.

Kes-kes rasuah politikus pun apabila buka tabung biasanya cecah angka berjuta ringgit termasuk kes penghina YDPA baru-baru ini pun mendapat sambutan yang luar biasa.

Maka, tak sepatutnya ada masalah untuk kita buka tabung khusus untuk usaha murni ke arah sekolah satu aliran kebangsaan demi perpaduan rakyat di negara ini.

Sempena 30-hari tempoh rayuan yang dibenarkan pihak mahkamah bagi kes ini, dan sempena tahun baharu 2022, kita melihat tabung ini sebagai kayu ukur dokongan rakyat terhadap perjuangan ini.

Anda boleh menyalurkan sumbangan serendah RM20 melalui pautan bit.ly/DanaCabarVernakular

Atau ke nombor akaun Bank Islam PEMBELA Management (12113010073054) bagi transaksi bawah RM20.

Walau berapa jumlah yang dikumpul nanti sekalipun, kami tetap redha kerana memang selama ini pun kita berjuang dari poket kami sendiri kerana kita yakin bahawa perjuangan ini adalah perjuangan kebenaran demi agama, bangsa dan tanah air.

Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
3 Januari 2022

#DanaCabarVernakular
#SatuAliranKebangsaan

—–
Plaintif:
1. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
2. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
3. Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)
4. MAPPIM

VS

Defendan:
1. Menteri Pendidikan Malaysia
2. Kementerian Pendidikan Malaysia
3. Parti MCA
4. Parti MIC
5. Parti GERAKAN
6. Dong Zong
7. Hua Zong
8. Sek.Men. Persendirian Chong Hwa KL
9. Persatuan Thamizhar
10. Persatuan Tamilar Thirunal
11. Persatuan Gabungan Kebajikan Guru Bersara Sekolah Tamil
12. Majlis Bahasa Cina Malaysia

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button