Dunia

Pendatang haram Israel cetus provokasi ceroboh masuk al-Aqsa

Guna perlindungan polis masuk melalui Pintu Al-Mugharbah

BAITULMAQDIS, 29 Jamadilawal 1443H, Isnin – Pendatang haram Israel terus memperluaskan kuasa penjajahan di Tebing Barat dengan merampas kebanyakan tanah milik Palestin, selain ‘membuli’ penduduk supaya diusir keluar dari kawasan yang menjadi hak mereka. 

Selain wilayah itu, Baitulmaqdis Timur juga menerima nasib sama apabila penduduk Palestin turut berdepan sikap zalim Israel terutama ke atas tapak Masjid al-Aqsa. 

Semalam, puluhan pendatang haram Israel sengaja memasuki perkarangan masjid al-Aqsa – tapak ketiga paling suci di dunia bagi umat Islam. 

Jabatan Wakaf Islam – yang dikendalikan Jordan – dalam satu kenyataan berkata, kumpulan pendatang haram memasuki kompleks melalui Pintu Al-Mugharbah di bawah perlindungan polis Israel. 

Puak Yahudi memanggil tapak Masjid al-Aqsa sebagai ‘Gunung Kuil’ dan mendakwa ia adalah tapak dua kuil Yahudi pada zaman dahulu.

Sejak 2003, Israel telah membenarkan pendatang haram memasuki kawasan itu hampir setiap hari.

Israel menjajah Baitulmaqdis Timur ketika Perang Arab-Israel pada 1967, dengan menggabungkan seluruh bandar pada tahun 1980 dalam satu tindakan yang yang tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button