Berita Utama

Amaran hujan berterusan di lima negeri ditamatkan

Cuaca dijangka bertambah baik

KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk lima negeri semalam, kini ditamatkan susulan cuaca dijangka bertambah baik.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, negeri-negeri terbabit adalah Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurut MetMalaysia, amaran hujan berterusan (waspada) bagaimanapun masih berkuat kuasa bagi lima kawasan di Sabah sehingga hari ini iaitu di Telupid, Kinabatangan, Beluaran, Sandakan serta Kudat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

Mereka juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button