Berita Utama

Kerajaan Terengganu sumbang RM100,000 bantu anak perantauan terkesan banjir

200 keluarga dikenal pasti terjejas di Lembah Klang dan Pahang

KUALA TERENGGANU, 1 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Kerajaan Terengganu menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu anak-anak negeri di perantauan yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sumbangan diserahkan kepada Sekretariat Persatuan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) untuk diagihkan dengan segera kepada mereka yang terjejas.

“Perantau telah mengenal pasti 200  keluarga yang terjejas di Lembah Klang dan Pahang.

“Kita akan memberi bantuan wang tunai dengan seberapa segera bagi membolehkan mereka membeli barangan keperluan,” katanya pada majlis meraikan pelumba basikal wanita Terengganu, Siti Nor Alia Mansor yang berjaya menyertai kelab basikal bertaraf profesional dunia, Canyon-SRAM Road Bicyle Racing Team (di Sepanyol) di sini, hari ini.

Menurut Wan Sukairi, selain sumbangan kepada anak Terengganu di perantauan, kerajaan negeri melalui anak syarikat negeri dan NGO  telah menghantar bantuan dalam pelbagai bentuk termasuk wang tunai, tenaga kerja dan peralatan kepada mangsa banjir di semua negeri yang dilanda bencana. – Bernama

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button