Berita UtamaDunia

Lebih 120,000 solat sunat Aidilftiri di Masjid al-Aqsa

Suasana damai hari ini berbeza dengan bulan April

BAITULMAQDIS, 1 Syawal 1444H, Sabtu – Lebih 120,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, lapor Anadolu Agency.

Sejak awal pagi, umat Islam Palestin dari semua peringkat umur hadir menunaikan solat di Masjid al-Aqsa.

Dalam satu kenyataan bertulis, Pentadbiran Wakaf Islam Baitulmaqdis mengumumkan kira-kira 120,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid tersebut.

Seorang warga Turkiye, Mustafa Guleren memberitahu Anadolu bahawa sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata bagaimana rasanya menghabiskan hari-hari terakhir bulan suci Ramadan di Baitulmaqdis dan di Masjid al-Aqsa.

Suasana damai hari ini berbeza dengan bulan April, yang menyaksikan ketegangan meningkat selepas tentera haram Israel menyerbu al-Aqsa dan mengusir jemaah secara paksa.

Serangan Israel ke atas masjid mencetuskan tembakan roket dari Semenanjung Gaza dan Lubnan, apabila rejim Israel bertindak balas dengan serangan udara.

Palestin mendakwa, Israel bekerja secara sistematik untuk meng-Yahudikan Baitulmaqdis Timur, di mana al-Aqsa terletak, sekali gus melenyapkan identiti Arab dan Islam.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur ketika Perang Arab-Israel 1967. Zionis menggabungkan seluruh bandar pada tahun 1980, dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button