Berita UtamaDunia

Kazakhstan isytihar darurat dua minggu di Almaty, Mangistau

5,000 penduduk sertai protes, bantah harga minyak

ALMATY, 2 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayvev mengisytiharkan darurat selama dua minggu di bandar terbesar, Almaty dan wilayah barat Mangistau.

Darurat dilaksanakan selama dua minggu bermula hari ini sehingga 19 Januari depan.

Langkah itu termasuk perintah berkurung bermula 11 malam hingga 7 pagi, sekatan pergerakan, dan larangan perhimpunan besar-besaran.

Sejak semalam, Almaty berada dalam keadaan huru-hara, memaksa polis melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan untuk meredakan kekacauan, selepas rakyat memprotes kenaikan harga tempatan bagi Gas Petroleum Cecair (LPG).

Kira-kira 5,000 penduduk menyertai perarakan membantah isu harga minyak – sehingga demonstrasi menjadi di luar kawalan.

Menurut wartawan AFP, polis mula melepaskan tembakan selepas peserta perhimpunan enggan beredar.

Tokayev, menerusi Twitter berkata, pihak berkuasa sudah mengambil keputusan untuk mengurangkan harga LPG di wilayah barat, Mangistau bagi mewujudkan kestabilan di dalam negara.

Beberapa jam sebelum itu Tokayev menerusi video di Facebook yang dimuat naik oleh Setiausaha Akhbarnya, Berik Uali meminta rakyat negara itu supaya bertenang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button