Berita Utama

Pertemuan PAS, UMNO Kelantan diharap rungkaikan keadaan

Kedua-dua penyokong masih tunggu haluan yang akan dibawa

BANGI, 2 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Pertemuan di antara PAS dan UMNO Kelantan pada 22 Januari ini diharap dapat merungkai segala permasalahan sekali gus menjernihkan semula keadaan.

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, harapan yang cukup besar diletakkan dalam pertemuan tersebut supaya boleh membawa impak positif ke arah kerjasama yang lebih erat.

“Saya sendiri akan mengetuai pertemuan berkenaan bersama Biro Politik UMNO Kelantan.

“Kita yang minta pertemuan ini diadakan. InsyaAllah kita harap semuanya berjalan dengan baik hendaknya,” katanya yang dipetik portal tempatan, hari ini.

Katanya lagi, kedua-dua penyokong parti kini sedang menunggu haluan yang akan ditentukan.

“Kami tahu penyokong kedua-dua parti sedang menunggu apa haluan yang
akan dibawa PAS dan UMNO di negeri ini.

“Maka pertemuan ini diharapkan dapat menjawab penantian semua pihak,” katanya.

PAS sebelum ini menetapkan 22 Januari ini sebagai tarikh pertemuan antara parti itu dengan UMNO Kelantan bagi membincangkan hala tuju kerjasama kedua-dua pihak melalui Muafakat Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button