Berita UtamaDunia

Anggota Hamas bakal dibebas selepas 140 hari mogok lapar

Hamas ancam serang rejim haram jika berlaku kematian dalam sel

RAMALLAH, 2 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Tahanan Palestin di penjara haram Israel, Hisham Abu Hawash yang melakukan mogok lapar selama 140 hari sebagai protes penahanan pentadbiran, akan dibebaskan bulan hadapan.

Hawash, 40, anggota Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dari Hebron ditahan pada Oktober 2020 – diletakkan di bawah tahanan pentadbiran, bagi membolehkan beliau ditahan beberapa bulan atau tahun tanpa dibicarakan secara adil.

Menurut peguam Hawash, Jawad Bulos anak guamnya bersetuju menamatkan mogok lapar selepas kerajaan zalim Israel bersetuju membebaskannya pada 26 Februari depan.

Sebelum ini, pentadbiran kerajaan haram menegaskan penahanan pentadbiran diperlukan bagi menggagalkan serangan dan penahanan anggota dan pejuang Palestin.

Sementara itu, pegawai keselamatan Israel menuduh Hawash terlibat dengan aktiviti keganasan dan mereka yang terlibat boleh ditahan sehingga 60 hari tanpa dibicarakan.

Disember lalu, Hawash ditahan di hospital berikutan kemerosotan kesihatan dan menderita akibat keletihan yang kritikal kesan mogok lapar.

Badan Abu Hawash kurus kering, kekurangan kalium yang teruk, sakit di hati dan jantung, muntah berterusan, serta gagal tidur dan berjalan.

Serentak itu, pemimpin Hamas mengancam kerajaan haram Zionis untuk melakukan serangan sekiranya tahanan (Abu Hawash) meninggal dunia ketika berada dalam tahanan.

Sementara itu, Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menerusi Twitternya mengucapkan tahniah di atas pembebasan Abu Hawash. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button