Berita UtamaDunia

Angka harian kes COVID-19 Arab Saudi lepasi 3,000

Makin meningkat sejak varian Omicron dikesan Disember lalu

RIYADH, 2 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Kes COVID-19 harian di Arab Saudi telah melepasi paras 3,000 buat kali pertama sejak Julai 2020.

Negara itu merekodkan 3,045 kes baharu dalam 24 jam pada hari ini, menurut Kementerian Kesihatan.

Terdapat tiga kematian berkaitan virus, menjadikan jumlah kematian COVID-19 di negara ini kepada 8,886 kes.

Setakat ini sebanyak 565,482 kes telah dikesan, dengan 543,553 daripadanya kes sembuh.

Bilangan yang dijangkiti telah meningkat dengan pantas dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas kes pertama varian Omicron dikesan di Arab Saudi pada 1 Disember.

Minggu lalu, Arab Saudi melaksanakan semula langkah penjarakan sosial di Masjidil Haram di kota suci Makkah, apabila bilangan kes meningkat.

Pekerja dilihat mengembalikan tanda lantai yang membimbing orang ramai mengikut panduan penjarakan sosial, yang sebelumnya telah dialihkan pada 17 Oktober. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button