Berita Utama

Banjir: Polis cadang tempatkan lima bot bagi setiap IPD

Ketika ini terdapat 157 IPD di seluruh negara

KUALA LUMPUR, 2 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang menempatkan lima bot bagi setiap 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara sebagai tindak balas segera sekiranya berlaku bencana banjir.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata perkara berkenaan akan dipanjangkan kepada kerajaan untuk pertimbangan.

“PDRM merancang untuk mendapatkan fasiliti keselamatan (bot) untuk kegunaan tindak balas segera jika banjir berlaku di negeri-negeri terjejas.

“Selain itu, PDRM telah diberi tanggungjawab mengetuai penugasan tindak balas bencana dalam jawatankuasa pasukan petugas khas operasi dan pascabencana yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali),” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button