Dunia

Bosnia, Herzegovina rekod 20 peratus kematian disebabkan udara tercemar

Rakyat terkesan, ahli politik tak berusaha selesaikan masalah

SARAJEVO, 2 Jamadilawal 1443H, Rabu – Bosnia dan Herzegovina melaporkan 20 peratus kematian di negara itu disebabkan masalah berkaitan dengan pencemaran udara. 

Jurucakap Persatuan NGO Eko Akcija, Anes Podic berkata, Bank Dunia memaklumkan kematian akibat pencemaran udara di Bosnia dan Herzegovina adalah sekitar 3,400 setiap tahun, sementara Agensi Alam Sekitar Eropah melaporkan kira-kira 5,000. 

“Jumlah ini sangat tinggi. Hampir 20 peratus daripada kematian di Bosnia dan Herzegovina adalah disebabkan punca yang berkaitan dengan pencemaran udara. 

“Hampir semua bandar di Bosnia dan Herzegovina cuba memerangi masalah sama. Selain Sarajevo, Banja Luka, Tuzla dan Zenica adalah bandar yang paling ketara pencemaran udara,” katanya. 

Malah, Podic berkata, ahli politik di Bosnia dan Herzegovina tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah itu. 

“Dapur bakar adalah masalah terbesar kami. Orang ramai sangat perlahan menggunakan pemanasan dengan gas asli.

“Setiap tahun beberapa ratus rakyat beralih kepada gas asli. Pada kadar ini, pencemaran udara akan mengambil masa berabad untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya. 

Justeru, dia menggesa rakyat lebih peka mengenai amaran ini dan menasihatkan mereka yang berada di bandar untuk keluar mendapatkan udara bersih sepanjang tempoh pencemaran. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button