Berita UtamaDunia

Ramai warga Israel tak mahu lagi tinggal di negara haram

Bilangan penduduk mohon warganegara asing meningkat

TEL AVIV, 6 Syaaban 1444H, Isnin – Bilangan warga Israel yang mahu mendapatkan pasport asing untuk berpindah ke luar negara kerana Israel bukan lagi pilihan yang berdaya maju semakin meningkat, menurut Saluran 12 Israel.

Seorang pakar dipetik oleh penyiar sebagai berkata: “Lebih ramai rakyat Israel takut dengan apa yang berlaku, kini permohonan untuk warganegara asing sudah bertambah.”

Beliau berkata, penduduk di Israel kini sedang mencari tempat untuk berhijrah. 

Laporan itu dikeluarkan beberapa hari selepas bekas Perdana Menteri, Naftali Bennett dalam temu bual dengan Channel 12, memberi amaran bahawa negara itu berdepan prospek ‘perang saudara’ di tengah-tengah bantahan terhadap cadangan pembaharuan kerajaan Israel.  

Secara berasingan, Bennett memberitahu Radio Tentera: “Kita berada di titik paling berbahaya dalam sejarah negara ini.”

Peningkatan jumlah warga Israel yang memohon pasport alternatif, juga selari dengan operasi penentangan di Baitulmaqdis dan Tebing Barat yang diduduki sebagai tindak balas kepada serbuan maut di wilayah Palestin oleh tentera Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button