Dunia

Keputusan klinikal vaksin kanak-kanak bawah 5 tahun dijangka April: Pfizer

Turut kaji dos ketiga kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun

NEW YORK, 3 Jamadilakhir 1443H, Khamis – Pfizer menjangkakan keputusan terbaharu daripada ujian klinikal vaksin COVID-19 yang dibangunkan dengan BioNTech SE Jerman untuk kanak-kanak di bawah lima tahun akan dikeluarkan menjelang April ini. 

“Kajian itu telah dipinda untuk memberikan dos ketiga kepada semua individu yang berumur bawah lima tahun sekurang-kurangnya lapan minggu selepas vaksinasi terakhir mereka,” kata penyelidik vaksin Pfizer, Dr Alenjandra Gurtman. 

Beliau berkata demikian ketika mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS mengenai Amalan Imunisasi (ACIP). 

Katanya, syarikat turut menyasarkan data untuk kumpulan umur bawah lima tahun pada akhir Mac atau awal April. 

Pada Disember, Pfizer memaklumkan mengubah reka bentuk percubaan klinikal kerana kanak-kanak berusia antara dua dan empat tahun yang diberi dua, tiga dos mikrogram vaksin tidak mempunyai tindak balas imun yang sama seperti dihasilkan oleh kumpulan dewasa.

Gurtman berkata, syarikat itu sedang mengkaji dos ketiga vaksinnya pada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, enam bulan selepas dos kedua mereka. 

Vaksin Pfizer-BioNTech dibenarkan di Amerika Syarikat untuk individu lima tahun ke atas. 

Pada Rabu, ACIP menyokong suntikan vaksin penggalak untuk kumpulan umur 12 hingga 15 tahun. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button