Dunia

Melampau! Lagi rumah Palestin diroboh pengganas Israel

Paksa pula pemilik bayar kos perobohan selain dikenakan denda

RAMALLAH, 3 Jamadilakhir 1443H, Khamis – Perbandaran Israel di Baitulmaqdis Barat terus merobohkan kediaman milik rakyat Palestin di bahagian dijajah, yang turut membabitkan sebuah rumah di kejiranan Silwan – di sempadan selatan Masjid al-Aqsa – atas alasan dibina tanpa permit. 

Menurut agensi berita WAFA, tentera Israel mengepung kawasan milik Sultan Halisi di kawasan Wadi Hilweh di Silwan, sebelum kakitangan majlis perbandaran meneruskan tindakan meroboh rumah itu. 

Halisi berkata, dia telah tinggal di rumah seluah 60 meter persegi itu bersama isteri dan empat anak – berusia 13 tahun hingga 6 tahun – sejak 2014. 

Sejak itu, perbandaran Israel telah mengganggunya berhubung dakwaan pembinaan rumah tanpa permit selain turut didenda  sebanyak AS$10,000. 

Katanya, sepanjang tahun lalu, pihak berkuasa pendudukan mengarahkannya untuk merobohkan sendiri rumah itu tetapi dia enggan melakukannya. 

Akibatnya, majlis perbandaran Israel semalam mula merobohkan rumah berkenaan dan turut mengenakan bayaran kepada pemilik sebagai kos perobohan itu – yang dianggap melampau. 

Sejak kelmarin, kakitangan majlis perbandaran Israel merobohkan dua bahagian bangunan milik Palestin dan menyelesaikan perobohan satu pertiga kawasan kejiranan Baitulmaqdis Timur, dengan semua atas alasan pembinaan tanpa permit. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button