Berita Utama

Politik tak stabil sebahagian daripada putaran demokrasi

Ianya berlaku setiap 35 hingga 40 tahun sekali

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 3 Jamadilakhir 1443H, Khamis – Ketidakstabilan politik yang berlaku di negara ini merupakan situasi biasa yang berlaku dalam sistem demokrasi.

Ia merupakan putaran demokrasi yang berlaku kira-kira 35 hingga 40 tahun sekali dan membawa kepada perubahan ketara dalam lanskap politik.

Ahli Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional (MN), Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata, putaran itu mungkin melibatkan pertukaran pemerintahan dari parti menang secara tradisonal atau berubah kepada yang lain.

Malah, katanya lagi, perubahan berkenaan tidak hanya berlaku kepada situasi politik tempatan tetap juga dalam konteks dunia global.

“Kita lihat kebangkitan beberapa pemimpin muda yang berusia 30-an dan jadi Perdana Menteri, mengetuai negara walaupun ada yang masih kekalkan budaya berdisko lagi.

“Perkara itu adalah sebahagian daripada putaran demokrasi yang berlaku lebih kurang 40 tahun sekali menyebabkan berlaku perubahan landskap politik sesebuah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program Dimensi bertajuk PRU15: Apa Pilihan Undi Melayu? di TV Pertiwi, malam ini.

Dalam konteks Malaysia, katanya, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan fasa perubahan demokrasi negara yang jelas selepas mencapai kemerdekaan.

Katanya lagi, kebiasaannya proses perubahan landskap politik negara secara perlahan-lahan dan semulajadi.

“Di negara kita perubahan politik ini saya anggap bermula sekitar tahun 2000 ke atas apabila berlaku kelahiran Gen Y dan Z.

“Kemudian pula berlaku peningkatan proses perbandaran dan juga lahir kelas menengah yang lebih besar.

“Sekali gus memberi kesan signifikan kepada landskap politik negara,” katanya.

 

Pautan Dimensi: https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/292728576161833

Facebook (https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/292728576161833/)
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button