Berita Utama

Projek Forest City sasaran jutawan China, pemilikan tanah tetap?

'Walaupun bukan warganegara mereka bebas ke Malaysia, Singapura': Tun M

BANGI, 3 Jamadilakhir 1443H, Khamis – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, projek Forest City yang dibangunkan ketika zaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya mampu dimiliki jutawan dari China.

Beliau mendakwa, projek berkenaan bertujuan membangunkan sebuah bandar mewah dalam Selat Tebrau dengan menebus guna tanah.

Dakwanya lagi, pemilikan tanah di dalam projek tersebut adalah secara kekal dan ia juga diberi taraf bebas cukai.

“Perancangan yang dilulus ialah untuk bangun bandar mewah yang mampu dibeli hanya oleh jutawan dari negara China.

“Walaupun penduduk bukan warganegara Malaysia tetapi mereka bebas ke tanah besar Malaysia atau ke Singapura.

“Saya telah lawat projek ini. Pekerjanya kebanyakan dari China. Berduyun-duyun pelawat datang dari China semasa saya buat lawatan.

“Mereka datang untuk membeli rumah-rumah mewah yang akan dibina. Pelawat warga Malaysia tidak pun sampai 20 (orang),” dakwanya dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebooknya, hari ini.

Dakwa Dr Mahathir lagi, projek berkenaan kemudian ditamatkan dengan kerajaan perlu membayar ganti rugi berbilion Ringgit.

Selain itu, dakwanya, kerajaan juga terpaksa mendapat bantuan swasta sebanyak RM2 bilion untuk membayar faedah hutang yang dilakukan Najib.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button