Uncategorized

Akibat rasuah kuasa politik Melayu diperguna untuk kepentingan diri

Pendedahan sebelum ini bukti budaya telah berakar umbi

MEREKA yang terlibat hendaklah dihukum segera termasuk disingkir dari jawatan apa pun sama ada politik, perkhidmatan awam mahupun swasta. Rasuah sistemik juga merupakan antara senjata utama penjenayah terancang untuk mencemarkan kedaulatan Malaysia dan mengancam keselamatan nasional.

2. Akibat rasuahlah, kuasa politik Melayu digunakan oleh sesetengah pengamalnya untuk memenuhi kepentingan diri. Akhirnya undang-undang yang ada tidak dapat dikuatkuasakan. Perkara yang haram dibiarkan berleluasa saperti pencerobohan musang king di Pahang. Begitu juga pendedahan mantan Ketua Polis Negara baru baru ini. Keadaan ini menyebabkan keselamatan politik, ekonomi Melayu-Muslim malah segala-galanya diancam. Perpecahan dan perbalahan akibat rasuah turut menggugat keselamatan dan kestabilan negara.

3. Rasuah juga menjadikan sekumpulan pengamal politik dan pegawai penguatkuasa Malaysia tunduk dan menggadaikan jiwa bangsanya kepada kartel antarabangsa seperti menyeludupkan dadah jutaan ringgit ke negara ini bagi memusnahkan hidup anak-anak Melayu khususnya. Begitu juga ribuan warga China masuk ke negara ini tanpa ada rekod mereka keluar ke negara asal, kes mykad palsu dan sebagainya.

4. Oleh itu, SEDAR mahukan supaya setiap agensi politik, kerajaan dan swasta mempunyai mekanisme dan agen pemantauan dalaman yang kukuh dan tegas berperanan sebagai penyiasat dan memantau warga organisasi di bawah tanggungjawab mereka.

5. Pelbagai pendedahan memalukan mengenai gejala rasuah sistemik merupakan satu peringatan proaktif bagaimana budaya itu telah berakar umbi di Malaysia. Contonya ialah apabila industri daging halal yang berkisar di kalangan sebuah kartel terdiri pengeksport asing yang didakwa berkomplot dengan empat agensi kerajaan telah mencemar nama negara dan imej Islam.

6. Langkah proaktif segera amat diperlukan untuk mencegah kejadian itu berulang memandangkan rasuah kini seolah-olah menjadi satu cara hidup di Malaysia. Aplikasi ‘blockchain’ dan pelbagai teknologi terkini perlu dipraktikkan segera dalam usaha pemantauan pencegahan rasuah yang berkesan.

7. SEDAR dengan ini menyokong penuh usaha Dato’ Husamuddin Yaakub, Pengerusi Karangkraf dalam menggerakkan inisiatif Gerakan Sinar Rasuah Busters. Inisiatif ini tepat pada masanya kerana jika tiada laporan dibuat mengenai rasuah, ianya menyebabkan ia tidak dapat ditangani oleh pihak berkuasa. Usaha Sinar Harian ini juga selaras dengan perkembangan teknologi terkini kerana penyaluran maklumat cepat dan pantas membolehkan maklumat perlakuan jenayah rasuah dapat disalurkan segera. Semoga seluruh rakyat menyokong usaha pembenterasan rasuah dan memandang jijik dan kotor kepada perasuah. Hapuskan rasuah.

 

Datuk Sirajuddin Salleh
Presiden Jaringan NGO Sedar (SEDAR)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button