41 tahun ‘dikurung’, tahanan Palestin kini tunggu hari bebas
Rejim negara haram Israel gagal penuhi perjanjian

RAMALLAH, 4 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – Dua warga Palestin antara tahanan paling lama di penjara negara haram Israel – yang mana sudah 41 tahun dikurung di sebalik tembok besi tersebut.
Karim Younis, 63, dan sepupunya, Maher Younis, 64, berasal dari Ara, utara Palestin ditahan pada 6 Januari 1983 kerana didakwa menentang kekejaman Israel.
Kedua-dua mereka dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di penjara Israel, namun kemudiannya diubah kepada hukuman 40 tahun.
Mereka sepatutnya dibebaskan pada 2014 menerusi perjanjian oleh Setiausaha kerajaan Amerika Syarikat (AS) John Kerry (ketika itu) – kononnya semua tahanan Palestin di negara haram Zionis akan dibebaskan – sebelum menandatangani Perjanjian Oslo 1993 menerusi perjanjian damai antara Israel dan Palestin.
Namun, kedua-duanya tidak dibebaskan secara adil oleh rejim haram Israel.
Menerusi temubual bersama Arab48, ibu kepada Karim, Sobhia Younis yang kini berusia lebih 80 tahun berkata, saat yang paling menyakitkan apabila anaknya tidak dibebaskan seperti yang dijanji.
Pihak pentadbiran negara zalim itu menangguhkan pembebasan anaknya menyebabkan kedua-duanya terpaksa meringkuk di tembok besi.
Kini selepas lebih 40 tahun melalui detik-detik hitam, Karim dan Maher menanti hari apabila dijanjikan untuk dibebaskan tahun ini juga. – Agensi