Berita UtamaDunia

Krisis bahan api: 18 polis maut, 740 cedera pertempuran di Kazakhstan

Pergolakan masih berterusan, 2,298 orang ditahan

ALMATY, 4 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 18 anggota polis Kazakhstan terbunuh dan lebih 740 lagi cedera ketika pihak berkuasa di negara bekas Soviet itu cuba meredakan kekacauan yang dicetuskan akibat kenaikan mendadak harga bahan api.

Pergolakan yang berterusan itu masih belum selesai, walaupun kerajaan telah dibubarkan.

Darurat telah diisytiharkan di bandar terbesar di negara itu, Almaty, selepas penunjuk perasaan membakar pejabat datuk bandar dan menyerbu pejabat politik lain. 

Dilaporkan ketika ini protes sama sedang berlaku di wilayah lain.

Pada Khamis, jumlah korban membabitkan pegawai keselamatan Kazakhstan meningkat kepada 18 dan 2,298 yang lain ditahan, lapor agensi berita Interfax dan RIA Novosti Russia 

Protes bermula selepas kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG) yang kemudiannya berubah menjadi pertempuran dengan polis pada hari Rabu.

LPG digunakan secara meluas untuk bahan api kereta di barat negara.

Situasi paling sukar dilaporkan berlaku di Almaty, di mana lelaki bersenjata merampas dan memusnahkan sebahagian premis badan kerajaan, organisasi kewangan, syarikat televisyen dan kemudahan perdagangan.

Perhimpunan bantahan di seluruh Kazakhstan dengan penunjuk perasaan berang mengatakan kenaikan harga adalah tidak adil memandangkan rizab tenaga Kazakhstan adalah luas.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, rondaan oleh skuad polis dan Pengawal Kebangsaan telah dipergiatkan di wilayah-wilayah, (dan) sekatan jalan raya telah dilakukan. 

“Penjenayah sedang dikenal pasti dan ditahan atau dihapuskan sekiranya berlaku penentangan bersenjata terhadap gesaan yang sah untuk meletakkan senjata mereka,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button