Pendapat

Pendidikan berkonsep dari komuniti untuk komuniti

Hasrat taja 100 da'i Anjung Ikhlas di seluruh Borneo, dengan jumlah pelajar 5,000 orang

1. Permusafiran ke Kampung Trusan Jaya, Mukim Sematan, Daerah Lundu, Sarawak amat mengujakan. Selama ini saya menguruskan pengajian KAFA mereka dari Kuala Lumpur, kali ini saya berpeluang bertemu mereka.

2. Saya dapati mereka cukup bersemangat, apatah lagi mengetahui saya dari Semananjung, datang untuk mengajar mereka selama 1 jam. Jom belajar Halal bersama Abang Bilal.

3. Anjung Ikhlas adalah sebuah projek didik-santun golongan mualaf dan kurang berkemampuan agar mereka mendapat pendidikan berkualiti. Pesertanya terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak.

4. Peserta Anjung Ikhlas dididik bukan untuk menjadi Muslim yang baik, tapi untuk menjadi Daie yang luar biasa. Proses ini memakan masa panjang, memerlukan Daie berkualiti dan sistem yang kukuh.

5. Terdapat perbezaan antara penawaran pendidikan KAFA kerajaan di Semenanjung dan Borneo. Di Sarawak, pelajar sekolah rendah hanya mendapat 36 jam/bulan pendidikan berbanding 70 jam/bulan pendidikan di Selangor.

6. Justeru, di Sarawak, Projek Pendidikan Anjung Ikhlas berperanan sebagai kelas pengukuhan tambahan, yang berhasrat melahirkan huffaz muda, ulama muda dan daie muda.

7. Pendidikan Anjung Ikhlas bersifat teori dan praktikal. Sambil belajar, peserta boleh terus berkhidmat sebagai imam, muazzin dan daie di komuniti, kerana ia adalah pendidikan berkonsepkan “dari komuniti untuk komuniti”.

8. Di tahun 2022 ini, bersama kita impikan untuk menaja 100 orang daie Anjung Ikhlas di seluruh Borneo, dengan jumlah pelajar 5,000 orang.

Salam Peduli & Prihatin,
BILAL JAILANI
Pengurus Besar
Yayasan Ikhlas (Maybank 5628 3462 6228)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button