Berita UtamaDunia

Taliban larang wanita di utara Afghanistan mandi ‘beramai-ramai’ musim sejuk

Penduduk bimbang larangan meluas ke wilayah lain

HERAT, 4 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – Taliban melarang wanita menyertai upacara tradisional – mandi beramai-ramai pada musim sejuk meskipun secara tertutup.

Larangan yang dikeluarkan mencetuskan kemarahan orang ramai dan dianggap melanggar hak asasi wanita.

Rumah mandian atau Hammam merupakan amalan tradisi yang masih dilakukan kebanyakan penduduk di Afghanistan untuk menyertai amalan mandian air panas sepanjang musim sejuk.

Wakil Kementerian Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, Sardar Mohammad Heydari berkata, buat masa ini, larangan itu hanya berkuat kuasa di wilayah Herat dan Balkh.

Namun penduduk bimbang larangan berkenaan meluas ke wilayah lain di Afghanistan.

Sementara itu, komander Taliban yang enggan mendedahkan nama tidak bersetuju dengan larangan baharu yang dikuat kuasa, sambil menambah pemimpin baharu perlu memberi tumpuan kepada perjuangan yang lebih besar.

Sejak Taliban mengambil alih pentadbiran sejak Ogos tahun lalu, penduduk berdepan keadaan huru hara dan menjerumuskan kepada krisis kemanusian menyebabkan rakyat berdepan dengan kelaparan melampau.

Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan 97 peratus penduduk berada di bawah garis kemiskinan menjelang pertengahan tahun ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button