Berita Utama

Lima negeri dijangka alami ribut petir malam ini

Hujan lebat di Perak, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah hingga 9 malam

BANGI, 5 Jamadilakhir 1443H, Sabtu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat yang dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam ini, bagi lima negeri.

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia berkata, ia dijangka akan melibatkan Perak, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.

“Di Perak kawasan yang terlibat ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak, manakala di Selangor kawasan dijangka terlibat ialah Klang dan Kuala Selangor,” katanya.

Manakala di Lipis, Pahang turut dijangka mengalami cuaca yang sama.

“Di Sabah pula, kawasan terlibat pedalaman (Sipitang) manakala di Sarawak melibatkan kawasan Limbang (Lawas),” katanya.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button