Berita UtamaDunia

Pakistan lancar kempen pertingkat vaksinasi golongan wanita

Hanya 32 peratus daripada 70 juta rakyat Pakistan sudah divaksin

KARACHI, 5 Jamadilakhir 1443H, Sabtu – Pakistan melancarkan kempen rumah ke rumah bagi memberi vaksinasi kepada golongan wanita di wilayah ini, yang dilihat ketinggalan berbanding kaum lelaki.

Setiausaha Kesihatan, Qasim Siraj Soomro berkata, populasi suri rumah yang belum mendapat vaksinasi masih lagi tinggi.

“Mereka sangat aktif bersosial selain menghadiri majlis keramaian tanpa memakai pelitup muka.

“Keadaan ini sangat berbeza dengan kaum lelaki di wilayah ini yang keluar bekerja dan telah diberikan vaksin,” katanya kepada Reuters.

Kempen tersebut akan melibatkan petugas kesihatan wanita yang telah memainkan peranan penting dalam kempen vaksin polio sebelum ini.

Katanya untuk peringkat permulaan, pihaknya mencadangkan kempen pemberian vaksin dimulakan di kawasan bandar sebelum meluas ke kawasan luar bandar.

Pakistan memiliki kira-kira 70 juta rakyat namun hanya 32 peratus sahaja yang sudah lengkap menjalani vaksinasi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button