Berita Utama

SMK Balai Ringin terbakar, KPM ambil tindakan segera

Kebakaran libat blok pentadbiran tempatkan bilik guru

KUCHING, 5 Jamadilakhir 1443H, Sabtu – Sebuah blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin di Serian, yang terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar raya Kuching musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataan di sini hari ini, anggota dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 3.04 pagi.

“Kebakaran melibatkan blok pentadbiran yang menempatkan bilik guru di tingkat atas bangunan yang musnah 100 peratus.

“Menurut pengawal keselamatan sekolah, ada bunyi letupan dari sebelah hujung bahagian kanan atas bangunan tersebut pada awal kejadian…kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi perkongsian dalam Facebook miliknya berkata, kementerian akan mendapatkan maklumat lengkap mengenai kerosakan dan mengambil tindakan susulan dengan segera.

“Saya sendiri pernah melawat ke sekolah ini ketika kunjungan ke Sri Aman tahun lepas. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

“Kami akan ikhtiarkan yang terbaik untuk warga SMK Balai Ringin,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button