Berita UtamaDunia

16 maut nahas bas di Mesir

Dua bas bertembung di jalan hubung ke Terusan Suez

KAHERAH, 6 Jamadilakhir 1443H, Ahad – Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan 18 yang lain cedera dalam nahas jalan raya di Semenanjung Sinai Mesir, menurut pegawai kesihatan, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan berkata, sebuah bas mini dan satu bas yang lain bertembung di jalan yang menghubungkan bandar Tor Sinai Selatan ke bandar terusan Suez.

Kementerian berkata, pihaknya mengerahkan 13 ambulans ke tempat kejadian dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital.

Mesir mempunyai rekod keselamatan pengangkutan yang lemah, di mana beribu-ribu kemalangan jalan raya berlaku setiap tahun disebabkan oleh kelajuan dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang lemah.

Menurut agensi perangkaan negara CAPMAS, Mesir menyaksikan 9,992 kemalangan kereta pada 2019, yang statistik menunjukkan 3,484 kematian.  

Pada 2018, terdapat 8,480 kemalangan, menyebabkan lebih 3,080 kematian – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button