Kes harian COVID-19 Arab Saudi catat pengurangan
Tempoh sembuh pesakit divaksin dikurangkan kepada tujuh hari

RIYADH, 6 Jamadilakhir 1443H, Ahad – Arab Saudi merekodkan 3,068 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, umum Kementerian Kesihatan sehari selepas melaporkan 3,575 jangkitan baharu dalam sehari sejak Julai 2020.
Kementerian berkata, jumlah kematian telah mencecah 8,892 setakat 8 Januari selepas dua kematian baharu berkaitan COVID-19 direkodkan.
Manakala sejumlah 545,771 pesakit telah sembuh, dengan 793 pesakit sembuh didaftarkan dalam tempoh 24 jam terakhir.
Pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi telah memberi lebih 52 juta dos vaksin pada 8 Januari dan jumlah terkini sebanyaj 52,305,327.
Pihak berkuasa kesihatan baru-baru ini mengemas kini tempoh sembuh bagi mereka yang disahkan positif virus itu.
Bagi individu yang diberi vaksin, tempoh tempoh sembuh telah dikurangkan kepada tujuh hari manakala tempoh sembuh yang tidak divaksin ialah 10 hari. – Agensi