Dunia

Penyelidik China dakwa Omicron mungkin asal dari tikus

Kumpul mutasi dengan cepat sebelum merebak pada manusia

BEIJING, 6 Jamadilakhir 1443H, Ahad – Varian baharu COVID-19 – Omicron dilaporkan mungkin telah bermutasi pada tikus sebelum menular kepada manusia, dakwa penyelidik di China.

Para saintis mendakwa, apabila virus itu terdapat pada tikus, ia mengumpul mutasi dengan cepat sebelum kembali ke dalam manusia dan menyebabkan ratusan ribu orang di United Kingdom dijangkiti setiap hari.

Kajian itu dinyatakan dalam bukti asal tikus bagi varian SARS-CoV-2 Omicron, yang diterbitkan dalam Journal of Genetics dan Genomics on Christmas Eve. 

“Secara kolektif, dapatan kami mencadangkan bahawa asal usul Omicron bermula dari manusia ke tikus.

“Mutasi terkumpul dengan cepat yang kondusif untuk menjangkiti perumah, kemudian berpindah semula ke dalam manusia, menunjukkan trajektori evolusi antara spesis untuk wabak Omicron,” kata kajian.

Varian Omicron pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan tepat sebulan sebelum kajian diterbitkan.

Kemunculannya dianggap sebagai varian membimbangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berdasarkan daripada peningkatan jangkitan.

Asal Omicron didakwa daripada individu berpenyakit kronik dengan sistem imun yang lemah atau populasi yang tidak mencukupi pengawasan serta penjujukan virus.

Bagaimanapun, teori itu hanya memberikan pandangan alternatif.

“Berdasarkan kerja kami sebelum ini dalam evolusi virus, kami membuat hipotesis bahawa spesis di mana Omicron memperoleh mutasi tertentu yang boleh ditentukan dengan menganalisis spektrum mutasi molekul,” kata saintis.

Kajian itu memberikan gambaran mengenai trajektori evolusi dan asal usul Omicron melalui penelitian terhadap mutasinya.

Ia turut mendakwa bahawa manusia mewakili takungan SARS-CoV-2 terbesar yang diketahui dan kerap bersentuhan dengan haiwan, termasuk ternakan, peliharaan atau liar – sehingga lebih banyak variasi boleh muncul.

“Memandangkan keupayaan SARS-CoV-2 merentasi pelbagai spesies, populasi global akan menghadapi varian tambahan yang berasal daripada haiwan sehingga wabak itu terkawal,” kata kajian.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button