Berita UtamaDunia

Putin, Tokayev bincang langkah pulih krisis di Kazakhstan

Panggilan video dengan pemimpin dari CSTO diadakan masa terdekat

ALMATY, 6 Jamadilakhir 1443H, Ahad – Presiden Russia, Vladimir Putin dan rakan sejawatannya dari Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, telah membincangkan langkah ‘memulihkan keadaan’ di Kazakhstan, berikutan protes ganas yang dicetuskan ekoran kenaikan mendadak harga bahan api di negara Asia Tengah itu.

Kedua-dua pemimpin mengadakan perbualan telefon yang panjang membincangkan pergolakan yang berterusan, sambil bertukar pandangan mengenai langkah yang diambil untuk memulihkan krisis di Kazakhstan.

Tokayev memaklumkan Putin secara terperinci mengenai keadaan di negara itu, dengan memberi jamian ia masih stabil. 

Kedua-dua presiden bersetuju untuk terus berhubung dan mengadakan panggilan video pemimpin dari Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) dalam beberapa hari akan datang. 

Tokayev juga dilaporkan berterima kasih kepada pakatan tentera atas bantuan meredakan bantahan.

Protes besar-besaran bermula di wilayah Mangistau di barat Kazakhstan pada Ahad lalu selepas kerajaan memutuskan untuk menarik balik kawalan harga gas petroleum cecair (LPG) — satu langkah yang secara kasarnya menggandakan harga gas dalam beberapa hari. Protes kemudian merebak ke bahagian lain di negara itu.

Pada hari Rabu, Tokayev mengisytiharkan darurat selama dua minggu, termasuk perintah berkurung, sekatan pergerakan, dan larangan perhimpunan besar-besaran, di Almaty dan Mangistau.

Kemudian, beliau menerima pembubaran kerajaan dan melantik Alikhan Smailov sebagai pemangku Perdana Menteri. 

Beliau juga mengarahkan pemangku Kabinet dan gabenor wilayah untuk memulihkan kawalan harga LPG dan meluaskannya kepada petrol, diesel, dan barangan pengguna ‘penting sosial’ lain.

Ratusan terbunuh dalam pergolakan yang berterusan, dengan perusuh membakar dan menggeledah bangunan awam di beberapa bandar. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button