Berita Utama

Amalan rasuah kini sudah menjadi ‘budaya’ di Malaysia

Majlis Raja-Raja Melayu dirayu lihat isu ini sebagai ancaman serius

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 7 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Amalan rasuah yang berakar umbi sejak sekian lama kini sudah sebati menjadi ‘budaya’ dalam kalangan individu berkepentingan di negara ini.

Amalan tersebut sekiranya tidak ditangani secara telus dan terbuka, akan terus menjadi ‘hidangan’ individu terbabit yang bakal menjahanamkan negara.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad menyifatkan, rasuah berlaku berpunca daripada ketamakan dan kurang integriti, selain lemah iman.

“Semua isu melibatkan rasuah berpunca dengan tiga sebab utama iaitu salah laku kuasa, gilakan kuasa dan dipergunakan menjadi mangsa kartel ekonomi hitam.

“Dalam kes rasuah-rasuah ini, boleh dikatakan hampir semua bukan kerana desakan hidup tetapi ini lebih kepada ketamakan kuasa.

“Persekitaran berkenaan sekiranya tidak dipandang serius bakal menjadikan negara musnah,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Justeru, beliau berkata, sudah tiba masa pihak berwajib memainkan peranan membanteras gejala tersebut sehingga ke akar umbi.

Selain itu, Hasan turut merayu, Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan dan melihat isu ini sebagai ancaman serius serta perlu tindakan segera.

Katanya, rakyat kini sudah merasa tidak selamat apabila pihak yang dianggap boleh melindungi mereka juga tidak jujur.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button