Berita UtamaDunia

Empat tertimbus lombong arang batu runtuh di Pakistan

Hujan lebat berterusan punca runtuhan

PESHAWAR, 7 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Sekurang-kurangnya dua terbunuh apabila lombong tempat mereka bekerja runtuh di Darra Adamkhel, Pakistan.

Sumber Penyelamat 1122 berkata, kejadian runtuhan yang berlaku akibat daripada hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Katanya, buat masa ini, empat buruh dikesan tertimbus dalam runtuhan berkenaan.

Bagaimanapun, tiga ditemukan dalam keadaan cedera, manakala seorang pelombong disahkan terkorban.

Mayat kini dipindahkan ke hospital Shiney Killay untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Bagaimanapun seorang lagi pelombong yang cedera disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, jurucakap pasukan penyelamat berkata, pihaknya akan terus melancarkan operasi pencarian berikutan ada lagi buruh yang dilaporkan hilang.

“Kita akan teruskan operasi mencari dan menyelamat dan kawalan keselamatan di kawasan terbabit diperketatkan,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button