Berita UtamaDunia

Singapura tambah sukarelawan hadapi gelombang Omicron

Letak jawatan beramai-ramai punca negara kurang kakitangan

SINGAPURA, 7 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Institusi penjagaan kesihatan Singapura bersedia menambah tenaga sukarelawan sekiranya varian Omicron mencetuskan gelombang baharu di negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kumpulan Jagaan Kesihatan Kebangsaan (NHG) Olivia Tay berkata, pihaknya bersedia mengarahkan pegawai pentadbiran terlatih untuk menyokong tugasan kumpulan barisan hadapan.

Malah, pihaknya turut bersedia memanfaatkan pasukan simpanan perubatan yang dibentuk pada 2020 bagi menghimpunkan sukarelawan serta pekerja sambilan.

Sementara itu, National University Hospital (NUH) pula akan menukar wad sedia ada kepada wad COVID-19 dan petugas sukarelawan akan bersedia sebagai kumpulan sokongan barisan hadapan sekiranya keadaan semakin kritikal.

Olivia menambah, sebelum ini, petugas sukarelawan diberikan tugasan membantu tugas-tugas asas seperti menghidangkan makanan, mengemas dulang makanan dan mengawasi pesakit yang berisiko tinggi daripada jatuh katil.

Kekurangan tenaga kerja terus menjadi isu utama di institusi penjagaan kesihatan akibat peletakan jawatan besar-besaran, menyebabkan organisasi itu tiada pilihan lain selain mencari kaedah baharu.

November tahun lalu, Menteri Kanan Kesihatan, Janil Puthucheary memaklumkan kepada Parlimen, kira-kira 1,500 pekerja penjagaan kesihatan telah meletak jawatan pada separuh pertama 2021, berbanding kira-kira 2,000 setiap tahun sebelum pandemik.

Bilangan berkenaan adalah untuk enam bulan pertama 2021 termasuk hampir 500 doktor dan jururawat asing. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button