Berita UtamaDunia

Taliban tangkap pensyarah lantang kritik pentadbiran

Kumpulan hak asasi gesa Profesor Faizuallah dibebaskan segera

KABUL, 7 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Taliban menahan seorang pensyarah universiti yang lantang dan secara terbuka mengkritik pentadbiran Afghanistan termasuk peraturan-peraturan baharu yang diperkenalkan.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid memaklumkan, kenyataan yang dikeluarkan Profesor Faizuallah Jalal di media sosial dilihat cubaan menghasut orang ramai menentang pentadbiran negara sementara Taliban.

“Beliau ditahan supaya orang ramai tidak terpedaya dengan maklumat yang disampaikan yang sekali gus boleh memudaratkan lagi keadaan, selain menjatuhkan maruah pentadbiran kami,” katanya.

Sementara itu, anak kepada pensyarah berkenaan, Hasina Jalal yang merupakan Felo Universiti Georgetown Washington melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan dan kesihatan bapanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kritikan Prof Faizuallah Jalal secara terbuka terhadap pentadbiran Afghanistan dan menyifatkan keadaan menjadi huru-hara selepas Taliban memerintah sehingga menyebabkan ekonomi semakin merudum.

Kritikan yang disuarakan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pimpinan Taliban.

Sementara itu, Kumpulan Hak Asasi Manusia Amnesty International mengecam penahanan Pensyarah Undang-undang dan Sains Politik itu kerana menggunakan kebebasan bersuara dan mengkritik Taliban.

Selain, menggesa penahanan itu dibebaskan segera tanpa syarat.

Taliban sebelum ini menerima kecaman hebat daripada masyarakat antarabangsa apabila membentuk Kabinet yang terdiri daripada lelaki sahaja dan hampir kesemuanya adalah etnik Pashtun.

Malah pentadbiran baharu Taliban juga tidak adil apabila melarang wanita untuk bekerja dan bersekolah sekali gus dilihat sebagai melanggar hak asasi wanita. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button