Berita UtamaDunia

33 wanita Palestin diseksa kejam sejak hari pertama masuk penjara Israel

Persekitaran sel kotor, layanan buruk hingga jejas kesihatan

RAMALLAH, 8 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Kira-kira 33 tahanan wanita Palestin di Penjara Damon di negara haram Israel kini berdepan penyeksaan teruk sejak hari pertama mereka dikurung.

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan mendedahkan, kesemua tahanan berdepan penderitaan yang zalim oleh rejim penjajah.

Mereka turut dikecualikan pemberian ubat-ubatan, dinafikan hak pendidikan, lawatan keluarga termasuk ibu yang memiliki anak kecil.

Malah persekitaran sel yang kotor dan tidak terurus selain persekitaran bilik sel yang padat menyebabkan semua tahanan berdepan tekanan.

Lebih menyedihkan, keadaan bilik dipenuhi serangga serta pencahayaan yang terlalu minimum.

Selain itu, Suruhanjaya mendedahkan tahanan turut berdepan tekanan psikologi dan layanan buruk termasuk ugutan, penghinaan selain keganasan seksual.

Penyeksaan dari segi fizikal dan mental bukan sahaja untuk menakutkan, sebaliknya sebagai cara paksaan untuk tahanan membuat pengakuan.

Terbaharu, suruhanjaya mendedahkan kesemua tahanan wanita kini berdepan masalah kesihatan kritikal, dan kajian yang dikendalikan Addameer, September 2008 mendedahkan kira-kira 38 peratus tahanan menderita penyakit yang tidak dapat dirawat.

Antara tahanan yang terkesan dengan penyeksaan pihak berkuasa Zionis, Isra Jaabis yang ditahan sejak 11 Oktober 2015.

Isra merupakan ibu kepada anak lelaki yang berusia 14 tahun mengalami kecederaan teruk akibat penganiayaan yang dilakukan pihak penjara – menyebabkan 65 peratus badannya melecur termasuk cedera teruk di bahagian muka dan tangan.

Wanita berusia 37 tahun itu, sekurang-kurangnya memerlukan lapan pembedahan termasuk cantuman kulit di bahagian mata dan selain memerlukan pembedahan bagi pembentukan semula di bahagian wajah mukanya.

Penjara Damon terletak di dalam Hutan Carmel di Haifa telah dibina zaman pemerintahan British menyebabkan reka bentuk terlalu klasik dan infrastruktur berada dalam keadaan teruk dan menakutkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button