Dunia

Israel serbu Universiti Birzeit, culik 5 pelajar Palestin

Sengaja lepaskan tembakan hingga cederakan 2 yang lain

RAMALLAH, 8 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Pasukan khas Israel menculik lima pelajar Universiti Birzeit, utara Ramallah petang Isnin, menurut sumber tempatan dan saksi. 

Mereka berkata, bahawa pasukan khas Israel menggunakan van putih dengan plat pendaftaran Palestin untuk menyelinap masuk ke dalam kampus universiti dan menculik lima pelajar dari pintu masuk kampus. 

Malah, tentera pengganas turut melepaskan tembakan untuk menyuraikan pelajar lain ketika kejadian penculikan berlaku sehingga mencederakan dua daripada mereka. 

Susulan itu, Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat mengecam tindakan tentera Israel menyerbu Universiti Birzeit dan menyerang pelajar kampus itu. 

Kementerian dalam satu kenyataan menyifatkan serangan itu sebagai sebahagian daripada pencerobohan pendudukan dan perang berterusan terhadap rakyat Palestin, hak tanah, tapak suci, harta dan institusi mereka.

Bahkan, tindakan Israel berkenaan adalah pelanggaran yang jelas terhadap norma dan undang-undang antarabangsa yang menjenayahkan pencerobohan itu. 

Kementerian turut menggesa masyarakat antarabangsa dan institusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk mengecam pencerobohan itu serta serangan dan gangguan terhadap institusi pendidikan Palestin.

Katanya, langkah-langkah perlu diambil mengikut undang-undang antarabangsa dalam memberikan perlindungan kepada rakyat Palestin dan institusi pendidikan mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button