Berita UtamaDunia

Lebih 200,000 rakyat Thailand derita stres akibat COVID-19: Tinjauan

Terdedah kepada kemurungan dan risiko bunuh diri

BANGKOK, 8 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Lebih 200,000 orang di Thailand menderita daripada stres akibat pandemik COVID-19 yang kini memasuki hampir dua tahun, dedah tinjauan oleh Jabatan Kesihatan Mental.

Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Mental, Dr Amporn Benjaponpitak berkata, penilaian dan tinjauan kesihatan mental dalam talian yang melibatkan lebih 2.5 juta orang itu menunjukkan 216,098 orang atau 8.38 peratus daripada responden mengalami tekanan.

Beliau berkata, 254,243 atau 9.86 peratus daripada responden terdedah kepada kemurungan manakala 140,939, atau 5.46 peratus berisiko membunuh diri.

“Kaji selidik itu menunjukkan 25,552 atau 4.16 orang mengalami keletihan yang memerlukan mereka mendapatkan penjagaan kesihatan mental,” katanya pada sidang media.

Dr Amporn berkata, pesakit dengan simptom susulan COVID-19 (long COVID) yang mengalami masalah kesihatan fizikal atau mental tiga bulan selepas jangkitan memerlukan penjagaan kesihatan mental.

Oleh itu, beliau berkata, Jabatan Kesihatan Mental dan Jawatankuasa Kesihatan Mental Kebangsaan mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan kesedaran mengenai kesihatan mental dalam keluarga dan komuniti bagi mengurangkan risiko bunuh diri. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button