Berita UtamaDunia

8 maut dalam insiden letupan bom kereta di Somalia

Tidak jelas pihak yang bertanggungjawab atas serangan

MOGADISHU, 9 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam kejadian letupan kereta di ibu negara Somalia, Mogadishu.

Penduduk Mogadishu, Mohamed Osman berkata, letupan itu mengenai dinding dan bumbung masjid berdekatan.

“Apabila saya keluar dari masjid, saya melihat beberapa rumah lama musnah, cebisan anggota badan di jalan.

“Kereta musnah, Tuk tuk (beca) terbakar; semua kekacauan dan kehilangan nyawa dalam satu minit, saya terselamat,” katanya kepada Reuters.

Tidak jelas pihak yang bertanggungjawab atas serangan bom itu.

Osman berkata, dia melihat sembilan mayat di tempat kejadian.

Sementara itu, Pengarah Perkhidmatan Aamin Ambulance, Abdukadir Abdirahman meletakkan angka kematian seramai lapan orang.

“Sebuah bom kereta menyasarkan konvoi, termasuk kereta kalis peluru menggunakan jalan Avisione, kami bukan pemilik konvoi itu.

“Kami membawa lapan mayat dari tempat kejadian,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button