Berita UtamaDunia

COVID-19: Rekod tertinggi, Arab Saudi catat 5,362 kes baharu

Jumlah tersebut adalah yang tertinggi sejak permulaan pandemik

DUBAI, 9 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Arab Saudi hari ini merekodkan jumlah jangkitan COVID-19 harian tertinggi sejak permulaan pandemik itu.

Terdapat 5,362 kes baharu direkodkan daripada 24 jam sebelumnya, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan kepada 593,545 setakat ini.

Ia juga menyaksikan dua lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di kerajaan itu kepada 8,899.

Jumlah keseluruhan kes pulih di Arab Saudi meningkat kepada 552,057.

Lebih 52.9 juta dos vaksin coronavirus telah diberikan sehingga kini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button