Berita UtamaDunia

Hamas beri amaran, serangan di Baitulmaqdis bakal cetuskan perang serantau

Rejim penjajah terus provokasi benarkan peneroka haram ceroboh al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 9 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sekali lagi memberi amaran kepada rejim penjajah Israel dan peneroka haram supaya tidak membuat provokasi secara berterusan di Baitulmaqdis.

Pemimpin Hamas, Khaled al- Batsh menegaskan, sebarang serangan ke atas kota lama al-Quds bakal mencetuskan perang serantau secara besar-besaran.

Rakyat Palestin sebelum ini bertegas mahukan Baitulmaqdis dijadikan ibu kota negara masa akan datang.

Bagaimanapun rejim Israel, menuntut seluruh bandar tersebut dan mengenakan sekatan secara besar-besaran ke atas kota suci.

Malah rejim haram turut mengenakan sekatan ke atas kebebasan penduduk Palestin memasuki kawasan Baitulmaqdis.

Lebih dahsyat, rejim pengganas membenarkan peneroka berterusan menceroboh kawasan Masjid al-Aqsa yang merupakan tapak ketiga paling suci bagi umat Islam.

Khaled turut mengingatkan penduduk negara haram mengenai keupayaan pihaknya dalam mempertahankan kota suci berkenan.

Beliau menggesa, rakyat Palestin terus memelihara dan menyemarakkan perpaduan sambil menyifatkan perpaduan Palestin sebagai cara sah untuk mempertahankan hak negara mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button